This is me.





My Blog
Home
Dashboard
Template
Newposts



Profile


Links



PERPISAHAN YANG MENYEKSAKAN .
Tuesday, November 23, 2010 at 6:42 PM


Kawan, aku letih, letih, letih sekali..

Berat rasanya hidup terpisah darimu

Aku yang bukan lelaki biasa, seperti yang selalu kau katakan,

Sememangnya aku hanya lelaki biasa

Sekuat kuatnya aku menanggung perpisahan kita

Akhirnya ada juga masa dimana aku memerlukan kamu..

Aku seperti kapal yang rosak layarnya, tak mampu lagi berlayar semakin jauh

Hanya menyusuri riak riak kecil..

Tak ada tempatku bersandar, walau sejenak pun

Aku harus berdiri sendiri

Tapi aku kan hanya lelaki biasa,

Aku tidak menjadi sesempurna yang kau inginkan kawan..

Kawan, aku terpaksa menerima keputusanmu,

Agar aku tidak terus terusan tenggelam dalam kesedihan kerana perpisahan ini,

Tapi aku kan juga ingin menangis kawan, banyak airmata yang ingin kutumpahkan, tapi tak mampu kutumpahkan..

Wahai kawan, aku tunggu dirimu disini

Agar Allah temukan jodoh kita .