KISAH BRUCE LEE
Saturday, November 27, 2010 at 11:37 PM

1. Bruce Lee ada kecacatan dimana kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.
2. Bruce Lee sebenarnya memakai cermin mata yang cukup tebal, dan dia menggunakan soft lens. Ternyata di Amerika soft lens sudah ada di zaman itu .
3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah mixed chinese & Jerman, jadi Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman .
4. Bruce Lee pertama kali tampil dalam filem pada umur 3 bulan. Ia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya .
5. Dalam suatu lelong dimana sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri berjudul "My Definite Chief Aim" terjual sebanyak US$29,500.
6. Kecepatan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak 1 meter ke sasarannya,Bruce Lee ni memang laju pergerakan dia. Pengarah filem dia tu kata dalam movie Bruce Lee disuruh perlahankan pergerakan pasal gerakan dia laju sangat. Rekod tendangan paling laju masih lagi Bruce Lee pegang; 7 tendangan sesaat.
7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat, dia dapat melakukan pull up 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang sebegitu besar tidak pernah pun menang gusti lengan dgn Bruce Lee.
8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan kadang-kadang dengan dua tangan menggunakan ibu jari saja .
9. Bruce Lee mempopularkan teknik 'one inch punch' iaitu tinju dari jarak 1 inci dlm satu tournament karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo jepun yang memiliki berat 100 kg. Judo jepun itu ditinju dari jarak 1 inci sampai terangkat kedua kakinya jatuh ke lantai.
10. Pada umur 13 tahun Bruce Lee berguru dgn Yip Man (film ip man tu) untuk belajar Wing Chun .
11. Ada 3 murid Bruce Lee yang pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.
12. Di Amerika Bruce Lee mengajarkan kung fu kepada semua bangsa tanpa pilih kasih, di sebabkan itu dia ditentang oleh perguruan kung fu lain dgn tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain. Bruce Lee menerima tentangan itu dan menghajar wakil dari perguruan tersebut dalam masa 3 minit. Menurut Bruce Lee perlawanan itu patut berakhir dlm beberapa saat saja. Mulai saat itu dia berlatih lebih gigih lagi, dan menemukan konsep "Jeet Kune Do".
13. Film Dragon The Bruce Lee Story yg dilakonkan Jason Scott Lee adalah film yang tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dlm film itu Bruce Lee ditendang dipunggungnya hingga menjadi lumpuh dan akhirnya duduk di kerusi roda. Dalam kejadian sebenar, kecederaan Bruce Lee disebabkan ia membuat latihan dgn beban yg terlalu berat dan menyebabkan cedera tulang belakang, dan sebenarnya dia tidak pernah pun duduk di kerusi roda.
14. Dalam masa dia berehat akibat dari cedera tulang belakangnya selama 6 bulan, terciptalah buku "Tao of Jeet Kune Do" yg menjadi best seller.
15. Waktu sebelum kematian Bruce Lee, pa qua (sejenis azimat yg dipercaya dapat menghalau semangat jahat) pada rumah Bruce Lee jatuh ditiup angin.
Itu baru sikit . Ni ade lagi kisah tentang Bruce Lee . Mesti semua terkejut punyelah :)

Bruce Lee merupakan lagenda dalam dunia seni beladiri. Kalau tak kerana jasa2 Bruce Lee, orang putih tak reti nak berkungfu. Boleh dikatakan, Bruce Lee adalah orang yang memperkenalkan kung fu di Hollywood.
Pada zaman kegemilangannya, Bruce Lee masih muda. Umur awal 30 tahun. Beliau belajar daripada semua orang dan sanggup mengajar kepada semua orang. Ini adalah revolusi pada masa itu kerana kesemua mahaguru kungfu hanya mengajar ilmu kungfu kepada orang Cina sahaja, tidak kepada bangsa asing terutama orang2 putih.
Bruce Lee ni mencipta sistem tempur bernama Jeet Kun Do, yang mana adalah falsafah beladiri yang bebas menggunakan apa sahaja teknik. Just take whatever useful & good to you. Kira macam kungfu rojak leer. janji boleh menang.Dalam keghairahan inilah, Bruce Lee mencabar mana2 sahaja mahaguru yang hebat2 pada masa itu untuk test power. Bruce Lee memang hebat. beg pasir boleh pecah sekali sepak sahaja.
Bruce Lee suka cabar orang lain yang hebat2.Antaranya ialah Mahaguru Silat gayong malaysia, Dato Meor Abd. Rahman. kebetulan, adalar suatu hari tu, Dato Mahaguru pi travel overseas. Flight yang dinaikinya stop untuk transit di Hong Kong. Kebetulan, ada orang report kat Bruce Lee. Apa lagi, Bruce Lee pun terus ke airport untuk bertemu Dato Mahaguru. Bruce Lee nak test power hebat mana silat melayu. Dia tak puas hati sebab dah ramai mat salleh tewas kat Dato Mahaguru.
Dipendekkan cerita, diorang pun lawanlah secara tertutup kat dalam bilik VIP. Bruce Lee telah melambung terkena pukulan Dato Mahaguru.
Beberapa bulan selepas itu, Bruce Lee mati akibat penyakit misteri.