This is me.





My Blog
Home
Dashboard
Template
Newposts



Profile


Links



AIDILADHA YANG SUNYI .
Tuesday, November 16, 2010 at 2:55 AM



Semuanya tiada.
Tiada jualan murah.
Tiada lagu raya.
Tiada mercun dan meriam buluh menghias malam.
Segalanya tiada.



Ibu kota sunyi sepi.
Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawal.
Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah takbir.
Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah.
Itu sahaja.


Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada.
Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan.
Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga.
Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya.
Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.

Syukur pada-Mu ya Allah. Aidiladha masih terpelihara.
Masih jauh daripada pesta dan dosa.
Moga kekal begitu hendaknya.