This is me.





My Blog
Home
Dashboard
Template
Newposts



Profile


Links



KESILAPAN YANG MENARIK PERHATIAN DUNIA
Saturday, August 7, 2010 at 7:43 AM
Manusia tidak sempurna. Kadang-kadang bangga menemui kejayaan, sedih menemui kegagalan. Namun ada juga bangga dengan kegagalan. Berikut adalah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pencipta namun mendapat perhatian seterusnya menjadi popular di seluruh dunia


1. Alat Bantu Jantung


Alat bantu jantung pertama kali dicipta oleh seorang ilmuwan bernama Paul Zoll pada sekitar tahun 1952 yang kemudian terus dikembangkan. Suatu ketika, Wilson Greatbatch , seorang pakar dalam bidang kedoktoran sedang meneliti pesakitnya. Tanpa disengajakan , ketika memasang salah 1 komponen penunjangnya, ia menggunakan resistor yang berbeza dari ukuran biasanya. Bukannya menimbulkan masalah, tapi sebaliknya kesalahan yang dilakukan Wilson membuat alat itu mempunyai pola baru yang lebih padu dan padan dengan mesin pada umumnya. Hingga akhirnya, ia berhasil membuat alat bantu jantung yang lebih ringkas dan tidak berbahaya, bahkan boleh digunakan secara langsung pada tubuh. Ia juga mencipta tenaga bateri yang baik sebagai bahan tenaga dari alat bantu jantung itu.

2.Sabun berbuih


Tahukah anda pada awalnya sabun mandi diciptakan tidak berbuih?
Hal ini terjadi sekitar tahun 1879. Pada suatu ketika, seorang pekerja fabrik pembuatan sabun secara tidak sengaja meninggalkan mesin pembuat sabun berjalan sewaktu sedang berehat untuk makan siang. Akibat tanpa pengawasan, mesin itu berjalan dan menjadikan sabun itu bercampur dengan unsur udara. Tetapi kerana melihat tidak ada perbezaan yang dikaji, fabrik itu memutuskan tetap akan menjual sabun yang tercampur unsur udara tersebut. Akhirnya, sabun tersebut sangat laku dipasaran, dan ditiru oleh produk-produk yang lain.

3. Tayar getah


Ketika ini dengan mudah kita menggunakan getah untuk kenderaan dengan kualiti prima dalam pelbagai perubahan cuaca. Ternyata dahulu, getah yang berkualiti sangat sulit kerana getah, bahan asas pembuatan tayar, akan meleleh jika terkena suhu panas dan jika bertemu suhu dingin sangat rapuh. Pelbagai cara dilakukan untuk menstabilkan keadaan getah. Seorang ilmuwan bernama Charles Goodyear, membuat pelbagai macam cara untuk membuat tayar getah yang tahan panas dan dingin sekaligus. Suatu hari, ketika dia sedang beristirahat, tanpa disengajakan, Charles menjatuhkan segumpal getah dan satu bahan zat sulfur dalam suhu yang panas secara bersamaan. Dan rupanya, itulah jawapan yang dicari selama ini. Bahan campuran ini diuji dan dikaji ,dan ternyata tayar getah ini tahan dalam suhu panas mahupun dingin.

4. Menara Pisa


Sebuah kesilapan yang berlaku adalah Menara Pisa di Itali. Salah satu keajaiban ddunia yang dibina pada tahun 1174 itu terjadi kerana sebuah kesalahan.
Disebabkan arkiteknya, Bonanno da Pisa, menara itu kini condong. Namun, kerana kecondongan inilah Menara Pisa telah menarik perhatian para pelancong dan pakar arkitek sehingga ke hari ini. Bonanno da Pisa, pada awalnya hanya membangun menara itu dengan formasi 3m ke dalam. Sedangkan menara yang pembangunannya dari awal hingga selesai memakan waktu sekitar 200 tahun itu dibina setinggi 56meter. Sebab itulah, setelah selesai dibangun pada tahun 1350 menara itu tersebut condong beberapa milimeter setahun kerana struktur tanah yang liat dan pengukuh kurang kuat. Hingga ke hari ini, pelbagai pencegahan dilakukan agar tidak bangunan tersebut tidak roboh.

5. Choc Chip


Seorang perempuan bernama Ruth Wakefiled sedang membuat biskut coklat. Oleh kerana kesibukannya menjaga penginapan Toll House di Massachusette, Amerika, dia tidak sempat mencairkan coklat untuk biskut itu. Oleh itu, dia hanya memotong sebatang coklat dan dia taburkan di atas biskut yang sedang dipanggang dengan harapan meleleh dan melapisi kek itu. Tapi ternyata, coklat itu tidak melapisi biskut tersebut. Coklat itu jadi coklat padat. Meskipun gagal, kerana tidak sesuai dengan keinginannya, biskut itu tetap disediakan pada para tetamu. Dan ternyata, butiran coklat padat diatas biskut itu sangat disenangi banyak orang. Dan terciptanya choc chip.

6. Silly Putty


Pernahkah anda bermain silly putty, benda seperti getah kenyal yang boleh dibentuk sesuka hati ? Benda yang menjadi salah satu mainan paling popular di Amerika itu ternyata dicipta dari sebuah kesilapan. Pada awalnya, pada sekitar tahun 1943, seorang penuntut universiti bernama James Wright, ditugaskan untuk membuat getah sintetis. Oleh sebab kesalahan memberikan cairan kimia, produk getah buatan itu disimpan begitu saja oleh Wright. Pada suatu hari, seorang penjual yang menggunakan getah tersebut untuk menghiburkan pelanggan kedainya. Salah satu pelanggan itu kemudian merasakan bahawa getah itu boleh dijadikan mainan. Pada tahun 1957, mainan itu dikenalkan di sebuah acara dan menjadi terkenal sejurus selepas itu.

7. Viagra


Salah satu ubat paling popular untuk lelaki adalah VIAGRA. Ubat yang dikatakan sebagai ubat kuat sebenarnya dicipta bukan untuk ubat kuat. Seorang ilmuwan di perusahaan ubat, Pfizer, sedang melakukan eksperimen pada ramuan ubat barunya yang ditujukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Beberapa orang lelaki yang diuji untuk menguji ubat itu mengatakan bahawa ubat itu tidak berhasil mengurangi tekanan darah tinggi tapi mereka semua mengatakan ketika meminum ubat itu, mereka berasa bertambah kuat tenaga dan hasrat seksnya. Sejak peristiwa itu, ubat tersebut menjadi salah satu ubat paling berjaya dicipta dalam sejarah Pfizer.

8. Post-it


Adakah anda tahu apa itu post-it? Ia adalah stiker penampal dengan pelbagai warna. Sebenarnya, post-it dicipta atas kegagalan untuk menciptakan gam yang kuat. Seorang pekerja di 3M, Spencer Silver mendapat tugas membuat gam yang kuat. Namun usahanya selalu gagal. Akhirnya, gaml itu tidak dibuang tapi ditinggalkan begitu saja kerana dianggap produk gagal. Pada suatu ketika, rakannya bernama Arthur Fry, ingin menandai buku nyanyiannya, tapi tanda itu selalu terlepas. Oleh itu, dengan bantuan gam buatan Silver, ia berhasil menandai buku itu dengan kertas yang digam tanpa membuat gam itu merosakkan kertasnya. Inilah sejarah awal kelahiran post-it.