PERISTIWA KEBETULAN BERLAKU DI DUNIA (part I)
Tuesday, June 15, 2010 at 7:08 AM
Dalam dunia ini macam-macam boleh berlaku. Berikut adalah 10 peristiwa berlaku dalam dunia secara kebetulan yang pelik dan aneh. Yembo :)
1. PELANDUK DUA SERUPA
Kesilapan komputer menyebabkan dua orang wanita Amerika Syarikat sama-sama diberi nama Patricia dan diberikan nombor jaminan sosial yang sama. Ketika kedua wanita itu dipanggil untuk bertemu oleh petugas untuk menjelaskan kesalahan itu, mereka menemukan bahawa: kedua wanita tersebut sama-sama memiliki nama Patricia Ann Campbell, ayah mereka sama-sama bernama Robert Campbell, tarikh lahir mereka sama-sama 13 Mac 1941, mereka sama-sama menikah dengan seorang askar pada tahun 1959 (beza hanya 11 hari), mereka sama-sama memiliki dua anak yang berumur 19 dan 21 tahun, mereka sama-sama suka melukis dengan cat minyak, mereka sama-sama pernah belajar di bidang kosmetik, keduanya sama-sama bekerja sebagai akauntan :)
2. PELURU BERDENDAM
Pada tahun 1893, Henry Ziegland memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Namun, kekasihnya enggan menerima berita tersebut dengan baik menyebabkan dia membunuh diri. Abang wanita yang membunuh diri itu bengang dan menyalahkan Henry atas kematian adiknya lalu dia pergi ke rumah Henry dan melihatnya di kebun dan kemudian mencuba untuk menembaknya, nasib peluru tersebut hanya mencalar wajah Henry dan tertanam ke sebuah pohon. Pada tahun 1913, 20 tahun setelah peristiwa itu, Henry memutuskan untuk menggunakan dinamit untuk mencabut pohon tersebut. Namun ledakan dinamit yang kuat menyebabkan peluru yang tertanam 20 tahun yang lalu terlontar keluar tepat ke arah dahi Henry. Henry meninggal serta-merta :)
3. HUGH WILLIAM YANG BERUNTUNG
Pada 5 Disember 1660, sebuah kapal tenggelam di Dover, United Kingdom, satu-satunya manusia yang terselamat bernama Hugh William.
Pada 5 Disember 1767, sebuah kapal juga tenggelam di perairan yang sama. 127 orang meninggal dan satu-satunya orang yang terselamat bernama Hugh William.
Pada 10 Julai 1940, sebuah kapal Inggeris dihancurkan oleh Jerman, hanya 2 orang yang selamat iaitu seorang lelaki dan saudaranya, kedua-duanya bernama Hugh William.
4. HINGGA MAUT MEMISAHKAN
Pada tahun 1996, pihak polis Paris melakukan siasatan terhadap sebuah kemalanagn yang terjadi antara dua kereta pada malam hari. Kedua-dua pemandu kereta tersebut meninggal serta-merta di tempat kejadian. Kejadian lebih lanjut menemukan bahawa ternyata kedua-dua pemandu kereta tersebut adalah seorang lelaki dan wanita dan kedua-duanya adalah bekas kekasih yang sudah berpisah beberapa bulan sebelum ini :)
5. DIA DI BELAKANG KAMU
Michael Dick telah menjelajahi negara England dengan keluarganya untuk mencari anak perempuannya yang bernama Lisa yang telah hilang selama 10 tahun, Setelah pencarian selama bertahun-tahun tanpa hasil, dia mendapat tawaran Harian Suffolk Free Press yang setuju untuk menolongnya dengan menayangkan berita itu di akhbar mereka. Nasib menyelebahi mereka, anak perempuan yang telah lama hilang itu melihat berita itu di suratkhabar, dan mereka bertemu untuk pertama kalinya. Yang peliknya adalah ternyata anak perempuannya berada di belakang mereka ketika wartawan mengambil foto Michael untuk ditayangkan pada akhbar mereka :)
6. MISI MENEMPUHI UJIAN
Seorang murid di sekolah Argoed High School di Wales Utara sedang menjalani ujian akhir di kelasnya pada tahun 1990. Nama anak itu adalah James Bond dan nombor kertas ujiannya adalah 007 :)
7. BUDI YANG DIBALAS
Pada tahun 1965, pada usia 4 tahun, Roger Lausier sedang berenang di sebuah pantai di Salem, Massachusetts, dia hilang kawalan dan hampir lemas. Seorang wanita bernama Alice Blaise menyelamatkannya. Pada tahun 1974, di pantai yang sama, Roger sedang berjemur di tepi pantai, tiba-tiba dia melihat seorang lelaki hampir lemas dan segera menolongnya. Yang peliknya, lelaki yang hampir lemas itu adalah suami Alice Blaise :)
8. APA DOSA DIA ?
Pegawai tertinggi ketenteraan yang bernama Mayor Summerford sedang bertempur di Fanders pada tahun terakhir Perang Dunia Pertama, sebuah petir menyambarnya menyebabkan dia jatuh dari kuda, Peristiwa itu membuatnya lumpuh dari pinggang ke bawah. Enam tahun kemudian dia pindah ke Vancouver Kanada. Apabila dia keluar untuk memancing, Mayor Summerford sekali lagi disambar petir, kali ini tubuh bahagian kanannya lumpuh. Dia meninggal dunia dua tahun setelah insiden itu berlaku. Empat tahun setelah kematiannya, batu nisannya hancur lebur disambar petir :)
9. BERPIDATO SEBELUM MAUT
Seorang usahawan bernama Danie De Toit sedang berpidato di depan pengunjung di Afrika Selatan. Topik pidatonya adalah "hati-hati kerana kematian tiba pada bila-bila masa". Ketika selesai berpidato, dia memasukkan gula-gula getah ke mulutnya. Dia tersedak lalu meninggal dunia serta-merta di tempat tersebut.
10. PERJUMPAAN DALAM KERETA
Pada tahun 1920, 3 lelaki Inggeris bertemu setelah terpisah melalui Peru. Ketika mereka saling berkenalan, cuma mereka orang yang ada di dalam sebuah kereta. Ternyata perkenalan mereka lebih mengejutkan dari yang mereka bayangkan. Lelaki pertama memiliki nama akhir Bingham, lelaki kedua memiliki nama akhir Powell, dan lelaki ketiga memiliki nama akhir Bingham-Powell. Mereka bertiga tidak mempunyai pertalian saudara :)