This is me.





My Blog
Home
Dashboard
Template
Newposts



Profile


Links



PERISTIWA KEBETULAN BERLAKU DI DUNIA (part II)
Wednesday, June 16, 2010 at 11:17 PM
11. SITUASI ITU BERLAKU LAGI
Pada tahun 1975, ketika sedang memandu di Bermuda, seorang lelaki tiba-tiba dilanggar teksi dan pemandu lelaki tersebut meninggal serta merta. Satu tahun kemudian, saudara lelaki ini mengalami hal yang sama. Faktanya, dia memandu kenderaan yang sama yang digunakan oleh saudaranya itu. Dan lebih aneh lagi, dia dilanggari teksi yang sama dan dipandu oleh pemandu teksi yang sama dan teksi ini juga mengambil penumpang yang sama :)

12. PERTUKARAN BARANG
Tahun 1953, wartawan TV, Irv Kupcinet ada di London untuk membuat liputan pertabalan Elizabeth II. Di salah satu laci pada biliknya di Savoy, dia terjumpa beberapa barang yang setelah dikenalpasti, milik seseorang bernama Harry Hannin. Kebetulan, Harry Hannin adalah pemain bola keranjang, sepasukan dengan Harlem Globetrotters yang terkenal pada waktu itu, adalah teman baik Kupcinet. Selepas dua hari berlalu, Hannin mengatakan pada Kucinet bahawa ketika dia menginap di Hotel Meurice di Paris, dia menemui tali leher di laci pada bilik tersebut, dengan nama Kupcinet pada tali leher tersebut :)

13. DUA MR.BRYSON
Ketika dalam perjalanan untuk urusan bisnes pada akhir tahun 1950an, Mr. George D. Bryson berhenti dan masuk ke sebuah hotel di Brown Hotel di Louisville, Kentucky. Setelah mendaftar bilik dan diberi kunci bilik 307, dia berhenti di meja surat untuk melihat surat-surat yang ada. Ternyata ada surat yang ditujukan untuknya. Sebuah surat dalam sampul yang dialamatkan ke
Mr. George D. Bryson, bilik 307. Setelah diperiksa surat tersebut, ternyata surat tersebut bukan untuknya tetapi untuk bilik 307 dan orang yang tinggal di bilik tersebut sebelum ini, orang lain dengan nama George D. Bryson :)


14. RENTETAN PERISTIWA TITANIC
Pada tahun 1898, Morgan Robertson menulis novel “Futility”. Novel tersebut mengisahkan pelayaran perdana kapal mewah untuk melintasi Lautan Pasifik yang bernama Titan. Walaupun banyak bahagian kapal ini tidak boleh tenggelam, kapal ini melanggar lapisan ais dan tenggelam serta menyebabkan ramai nyawa terkorban. Walaupun ini hanya cerita rekaan Morgan, beberapa peristiwa berlaku sama seperti cerita tersebut. Pada bulan April tahun 1912, TITANIC (Transatlantic Luxury Liner)mengalami peristiwa yang hampir sama seperti yang digambarkan novel. Sebulan setelah Titanic tenggelam, kapal layar yang melintasi Atlantik yang berkabus, dengan seorang anak muda yang mengendalikannya. Ketika dia mengingati kembali mengenai Titanic dan nama kapalnya sendiri adalah Titanian, dia mulai risau dan menghentikan kapal. Ketika itulah bongkah ais besar menghentam di depan jalur yang mereka lintasi. Titanian selamat :)

15. DIA PUNYA BUKU KE?
Ketika novelis Amerika Syarikat, Anne Parrish mencari bahan bacaan di Perpustakaan Besar di Paris tahun 1920, dia tertarik dengan satu buku lama yang dahulunya menjadi buku kegemarannya , Jack Frost and Other Stories. Dia memilih buku lama itu dan menunjukkannya pada suaminya, mengatakan padanya bahawa itu adalah buku kegemarannya ketika dia kecil. Suaminya mengambil dan membuka buku tersebut. Pada halaman pertama, dia menemui catatan "Anne Parrish, 209 N. Weber Street, Colorado Springs" :)

16. 21 MALANG BUAT RAJA
Ketika raja Perancis, King Louis XVI masih kecil, dia dinasihati oleh seorang peramal untuk selalu dalam penjagaan pada hari ke-21 pada setiap bulan. Louis jadi takut dengan nasihat ini dan tidak pernah melakukan sebarang urusan pada hari ke-21. Sayangnya, Louis tidak selalu dalam penjagaan. Pada 21 Jun 1791, mengikut revolusi Perancis, Louis dan ratunya ditahan di
Varennes. 21 September 1791, Perancis menghapuskan pentadbiran kerajaan dan mengisytiharkan negara sebagai republik. Akhirnya, 21 Januari 1793, King Louis XVI diracun dengan guillotine :)


17. KITA SERUPA
Pada tahun 1979, majalah Jerman, Das Besteran mengadakan pertandingan mengarang sebuah cerita.Para penulis harus menghantar cerita berdasarkan kisah nyata.Pemenangnya, Walter Kellner dari Munich dan ceritanya dipaparkan dalam akhbar. Cerita tersebut menceritakan pengalaman dia menerbangkan pesawat Cessna 421 antara Sardinia dan Sicily. Pesawatnya mengalami masalah di laut, mendarat di atas air. Akhirnya dia terapung-apung ditengah lautan dengan pelampung, cukup lama, sebelum akhirnya diselamatkan. Cerita ini tidak sengaja dibaca oleh seorang warga Austria, yang namanya juga Walter Kellner, yang menuduh si Kellner dari Jerman telah meniru ceritanya. Kellner dari Austria mengatakan bahawa dia menerbangkan pesawat Cessna 421 melalui laut yang sama, mengalami masalah mesin, dan akhirnya harus mendarat di Sardinia. Jadi kesimpulannya, cerita tersebut sama tapi dengan penutup cerita yang berbeza. Majalah tersebut memeriksa kebenaran cerita mereka berdua, dan kedua-dunya ternyata benar, bahkan cerita mereka hampir sama :)

18. PEMILIK RESTORAN DAN RAJA
2. Pada 28 Julai 1900, Raja Itali, Umberto I makan malam di sebuah restoran di kota Monza. Ternyata si pemilik restoran tersebut mempunyai wajah mirip seperti Raja Itali itu. Nama pemilik restoran itu juga Umberto, dan nama isterinya juga sama dengan nama ratu, bahkan restoran itu dibuka pada tarikh yang sama dengan pelantikan raja. Si pemilik restoran Umberto mati tertembak keesokan harinya, begitu pula dengan Raja Umberto I :)

19. BALASAN UNTUK NAMA
Claude Volbonne membunuh Baron Rodemire de Tarazone dari Perancis pada tahun 1872. 21 tahun sebelumnya, ayah Baron juga telah dibunuh oleh seseorang yang lain, yang juga bernama Claude Volbonne :)

20. AYAH DIBUNUH LAGI
Pada 13 Februari 1746, seorang warga Perancis, Jean Marie Dubarry, telah dijatuhkan hukuman iaitu diracun kerana telah membunuh ayahnya.100 tahun kemudian, pada 13 Februari 1846, seorang warga Perancis juga, yang juga bernama Jean Marie Dubarry, juga dijatuhkan hukuman iaitu diracun, juga kerana membunuh ayahnya :)