PERISTIWA KEBETULAN BERLAKU DI DUNIA (part III)
Friday, June 18, 2010 at 8:28 PM
21. AJAL ADA PADA NAMA
Pada 26 November 1911, tiga orang lelaki dihukum gantung sampai mati di Greenberry Hill, London setelah terbukti bersalah atas pembunuhan Sir Edmund Berry. Nama mereka bertiga ialah Green, Berry dan Hill :)
22. KETURUNAN PETIR
Pada tahun 1899 sambaran petir membunuh seorang lelaki ketika dia berdiri di halaman belakangnya di Taranto, ItalI. 30 tahun kemudian, anaknya mati dengan cara yang sama di tempat yang sama. Pada 8 Oktober 1949, Rolla Primarda, cucu dari korban pertama dan anak dari korban kedua, menjadi korban yang ketiga :)
23. MALANGNYA RICHARD PARKER
Pada abad 19, penulis cerita seram terkenal, Egdar Allan Poe, menulis sebuah buku berjudul ‘The Narrative of Arthur Gordon Pym’.Buku itu mengisahkan empat orang yang terselamat dari bencana di laut, mereka berada di kapal di tengah lautan berhari-hari sebelum akhirnya mereka memutuskan untuk membunuh dan memakan petugas kabin kapal yang bernama Richard Parker. Beberapa tahun kemudian, pada tahun 1884, sebuah kapal, Mignonette, tenggelam. Yang selamat hanya 4 orang, dan mereka berada di atas kapal berhari-hari. Kemudian diketahui, seorang daripada 4 orang itu membunuh dan memakan petugas kabin kapal. Nama petugas kabin itu ialah Richard Parker :)
24. PETANDA BERDEKATAN DENGAN KAMU
Ketika Norman Mailer mengarang novelnya, 'Barbary Shore', dia tidak merancang untuk menggunakan penyiasat Rusia sebagai karakter dalam novelnya. Namun sementara menulis, dia mula memperkenalkan penyiasat Rusia sebagai karakter kecil. Semakin dia menulis, penyiasat tersebut menjadi karakter yang dominan. Setelah novelnya selesai, U.S. Immigration Service menahan seorang lelaki yang tinggal satu tingkat di atas rumah Mailer di apartmen yang sama. Dia adalah Colonel Rudolf Abel, yang dicurigai sebagai penyiasta Rusia kelas atas yang bekerja di U.S. ketika itu. Selama ini Mailer tidak mengetahui dia tinggal satu apartmen dengan penyiasat itu :)
25. LAMBAT YANG MENYELAMATKAN
Pada tahun 1950 di kota Nebraska, 15 orang penyanyi koir seharusnya berkumpul di gereja pada jam 7.20 pagi. Sepanjang hidup mereka, jarang sekali mereka terlambat, bahkan hampir tidak pernah lambat, tapi mereka semua terlambat pada hari itu kerana pelbagai alasan. Tiba-tiba saja, pada jam 7.25 pagi, gereja itu hancur dilanggar pesawat. 15 orang itu selamat secara kebetulan :)
26. SELAMATKAN BAYI DUA KALI
Pada tahun 1976, seorang bayi jatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan dan mendarat tepat dalam pelukan seorang lelaki warga England yang bernama Joseph Figlock. Anehnya, setahun kemudian seorang bayi kembali jatuh dari tingkat bangunan yang sama dan diselamatkan oleh orang yang sama, Joseph Figlock :)
27. CINCINKU DALAM KENTANG
Seorang wanita warga Belanda, menemui cincinnya sendiri yang telah lama hilang. Anehnya, dia menjumpai cincinnya itu didalam kentang yang hendak dimakan. Kemungkinan cincin tersebut jatuh ke ladang kentang dan akhirnya berada dalam kentang :)
28. SAMI YANG SETIA SAMPAI MATI
Joseph Aigner adalah seorang pelukis ternama pada abad ke-19 di Austria.
Beliau melalui kehidupan yang tidak tenteram dan menyebabkan dia beberapa kali mencuba untuk bunuh diri. Percubaan pertama pada usia 18 tahun, dia cuba menggantung diri, tapi digagalkan oleh kemunculan misteri seorang sami Capuchin. Pada usia 22, dia cuba menggantung diri lagi, tapi diselamatkan lagi oleh sami yang sama. Lapan tahun kemudian dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana aktiviti politiknya. Sekali lagi dia diselamatkan oleh sami yang sama. Pada usia 68 tahun, Aiger akhirnya berjaya membunuh diri, dengan menggunakan pistol. Acara pemakamannya dipimpin oleh sami yang sama, lelaki yang namanya tidak pernah diketahui oleh Aiger.
29. PENGGANTI BARU
Pada tahun 1858, Robert Fallon ditembak mati. Dia ditembak mati oleh mereka yang bermain poker dengannya kerana ingin membalas dendam terhadapnya. Fallon dituduh memenangi $600 pot dengan menipu. Tempat Fallon sekarang kosong dan tidak ada pemain lain yang menggantikannya dan akhirnya ada pemain baru yang ingin menggantikan Fallon. Ketika polis tiba untuk melakukan siasatan, pemain baru tersebut sudah melipatgandakan wang Fallon menjadi $2.200. Pihak polis meminta wang $600 milik Fallon untuk diberikan keluarga terdekat Fallon. Apabila polis menyebut nama Fallon, ternyata pemain baru itu adalah anak lelaki Fallon yang tidak pernah bertemu ayahnya sejak dia berumur 7 tahun :)
30. KERETA MALANG
Pada bulan September 1955, James Dean maut dalam kemalangan kereta yang mengerikan iaitu ketika dia memandu kereta sport Porche miliknya. Sesudah itu kereta tersebut secara kebetulan bagai pembawa sial. Semasa kereta sport itu ditarik dari tempat kemalangan dan dibawa ke bengkel, mesin winchnya rosak dan jatuh terkena mekanik dan menyebabakan kedua-dua kakinya hancur. Bengkel dimana porche milik James Dean diperbaiki, hangus terbakar.Kemudian kereta itu dipamerkan di Sacramento, namun tiba-tiba meletup dan melukakan peha seorang remaja. Di Oregon, trailer dimana kereta itu diperbaiki tergelincir dan menghentam sebuah kedai. Akhirnya, tahun 1959, secara misteri kereta itu meletup menjadi 11 bahagian.