This is me.





My Blog
Home
Dashboard
Template
Newposts



Profile


Links



GAMBAR PALSU YANG PERNAH MENGGEGARKAN DUNIA
Tuesday, June 15, 2010 at 10:21 AM
Beberapa foto atau gambar palsu pernah tersebar luas dalam masyarakat dunia dan dipercayai oleh sebahagian orang ,foto tersebut merupakan kejadian nyata.

Berikut beberapa foto yang pernah mengebohkan dunia. Yembo :)


Gambar ini muncul di halaman utama Daily Mirror yang menunjukkan tentera Inggeris dari Resimen Queen’s Lancashire melakukan kezaliman terhadap tahanan Iraq. Foto ini ternyata palsu dan menyebabkan editor akhabr, Piers Morgan melarikan diri.




Pada awal tahun 2002, tersebar foto kucing sebesar raksasa melalui e-mail, bertajuk 'kucing berukuran besar yang ditemui berdekatan Makmal Nuklear Kanada. Foto ini sebenarnya rekaan Cordell Hauglie yang disebarkan Mei 2001 kepada teman-temannya dan tidak pernah menyangka akan terjadi kekecohan yang sangat luar biasa.




Beberapa saat setelah serangan 11 September, tersebar foto di Internet seorang lelaki yang sedang berdiri diatas bangunan WTC dan dibelakang lelaki tersebut tergambar pesawat yang akan melanggar bangunan itu. Gambar tersebut ternyata palsu.




Pada tahun 1917, dua anak perempuan kembali dari bermain di kebun mereka dengan kamera dan bukti mereka berjumpa dengan pari-pari Cottingley. Namun pada tahun 1970-an, pari-pari Cottingley dalam foto-foto itu ternyata palsu. Salah seorang saksi bernama Elsie Wright mengaku pari-pari yang ada dalam gambar hanyalah guntingan kertas.




Foto ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada tahun 1994, foto tersebut hanyalah rekaan.
Ia hanyalah sebuah mainan kapal selam yang dilengkapi dengan model kepala ular laut.




Pada tahun 1995, Ray Santilli menyatakan memiliki gambar tentang Alien UFO yang sedang dibedah pada tahun 1947, namun pada tahun 2006, dia mengakui bahawa gambar yang ada tidak sepenuhnya benar. Gambar tersebut hanyalah sebuah rekaan dari sebuah kejadian.




Gambar ini adalah gambar tengkorak yang melebihi dari ukuran tengkorak biasa yang ditemui di Arab Saudi. Gambar ini disiarkan oleh suratkhabar The New Nation Bangladesh pada tahun 2004. Gambar ini adalah rekaan menggunakan photoshop.




Pada tanggal 1 April 2008, BBC menyiarkan rakaman penguin terbang dari Antartika ke Brazil. Rakaman ini sengaja disiarkan oleh BBC untuk mendapat publisiti namun ianya palsu dan mendapat reaksi yang serius dari pelbagai pihak.




Gambar ini muncul melalui email pada tahun 2001 yang menunjukkan sebuah helikopter diserang oleh seekor ikan yu yang ganas. Foto ini telah dipilih oleh National Geographics sebagai Photo of the Year
.