This is me.





My Blog
Home
Dashboard
Template
Newposts



Profile


Links



DEMAM PIALA DUNIA .
Sunday, June 13, 2010 at 10:10 AM
Antara fakta menarik tentang dunia bola sepak sempena Piala Dunia 2010 South Africa . Yembo :)

1. Pada tahun 1950, India tidak boleh menyertai Piala Dunia kerana FIFA menolak permohonan mereka untuk membiarkan pasukan mereka bermain dengan kaki ayam.

2. Pada tahun 1957 dengan hanya 30 minit baki perlawanan, Charlton Athletic kembali dari ketinggalan 5-1 untuk mengalahkan Huddersfield Town 7-6.

3. Pemain lagenda Belanda dan Arsenal, Dennis Bergkamp mempunyai penyakit takut untuk menaiki kapal terbang menyebabkan beliau banyak terlepas perlawanan untuk negaranya dan juga Liga Eropah untuk Arsenal.

4. Sir Alex Ferguson dipecat oleh St Mirren di 1978 kerana berkata kesat kepada wanita.

5. Sir Stanley Matthews TIDAK pernah menerima sebarang KAD dalam 33 tahun sepanjang beliau bermain bola sepak.

6. Di bawah kendalian Herbert Chapman, The Arsenal menukarkan nama menjadi hanya Arsenal untuk muncul di bahagian atas senarai abjad kelab Division Satu di England.

7. Setelah melawan Sepanyol dalam peringkat kelayakan pada 1993, skuad bola sepak Albania dilarang tukar-menukar jersi oleh jurulatihnya, kerana mereka tidak punya cukup wang untuk membuat jersi yang baru dan ingin mengenakannya lagi untuk perlawanan berikutnya.

8. Ronaldo mengubah stail rambutnya setelah Brazil mengalahkan England pada suku akhir Piala Dunia 2002 agar tampil berbeza dengan rakannya, Roberto Carlos. Masalahnya, Ronald, anak lelaki Ronaldo mencium kaca TV sambil menjerit 'Ayah!' ketika Roberto Carlos muncul di kaca TV.

9. Dalam perlawanan kelayakan untuk Piala Dunia 1950, AS mengalahkan England dengan gol 1-0. Namun akhbar di Britain mencatatkan laporan bahawa England mengalahkan AS dengan angka 1-10.

10. Pemain sepak bola Itali, Raimundo Orsi kembali ke stadium sehari selepas final Piala Dunia 1934 untuk menunjukkan tendangan lengkungnya yang menciptakan gol kemenangan pada perlawanan final. Orsi mencuba lebih dari 20 kali mengulangi tendangan yang sama di tempat yang sama, namun beliau gagal mengulanginya.

11. Penukaran jersi di akhir permainan pernah dilarang oleh FIFA pada 1986, kerana organisasi itu tidak mahu para pemain "membuka dada" mereka di atas padang.

12. Pada Piala dunia 1998 , para pemain Romania memiliki warna rambut yang sama iaitu kuning emas.

13. Italy dan Brazil adalah dua negara yang pernah menjuarai Piala Dunia 2 kali berturut- turut.

14. Brazil paling banyak menjuarai Piala Dunia selama 5 kali yaitu pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 & 2002.

15. Sebanyak 6 negara telah menjuarai Piala Dunia dan pada yang sama telah menjadi tuan rumah Piala Dunia iaitu Perancispada tahun 1998, Argentina pada tahun 1978, Jerman Barat pada tahun 1974, England pada tahun 1966, Italy pada tahun 1934 dan Uruguay pada tahun 1930.

16. Untuk pertama kalinya pada tahun 2002, Benua Asia telah diberi peluang untuk menganjurkan Piala Dunia iaitu di Korea Selatan dan Jepun.

17. Pertama kalinya juga Piala Dunia dianjurkan di Benua Afrika iaitu di Afrika Selatan pada tahun 2010.

18. Jerman dan Brazil adalah negara yang paling banyak masuk ke perlawanan akhir Piala Dunia iaitu sebanyak 7 kali, namun mereka hanya mampu memenanginya sebanyak 3 kali sebagai juara.

19. Benua Eropah adalah benua yang paling banyak memenangi Piala Dunia iaitu sebanyak 10 kali.

20. Negara dengan keluasan wilayah terkecil yang pernah menyertai Piala Dunia ialah Trinidad and Tobago pada tahun 2006.

21. Korea Selatan adalah satu-satunya negara di Asia yang berjaya memasuki peringat separuh akhir di piala dunia 2002.

22. Penjaring gol pertama di final Piala Dunia Pertama adalah Pablo Dorado dari Uruguay.

23. Argentina merupakan pasukan pertama yang mencatatkan enam gol ketika mengalahkan Mexico 6-3.

24. Terdapat 6 negara yang menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama iaitu Itali, Hungari, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Uruguay. Negara Uruguay terpilih kerana mereka berjanji akan membayar semua kos pengeluaran negara yang bertanding.

25. Gol terpantas dalam pertandingan Piala Dunia itu dipegang oleh pemain Turki, Hakan Sukur setelah hanya 11 saat melawan Korea Selatan pada tahun 2002.

26. Gol terlama dipegang oleh Alessandro Del Piero, pemain Itali, di peringkat separuh akhir ketikamereka melawan Jerman pada tahun 2006 setelah 121 minit.


27. Hat-trick terpantas dipegang oleh Hongaria Laszlo Kiss melawan El Salvador pada tahun 1982, ketika ia mencipta gol setelah 70, 74 dan 77 minit.

28. Pemain tertua yang mencipta gol ialah Roger Milla dari Cameroon ketika beliau melakukan gol melawan Rusia pada tahun 1994. Umurnya 42 tahun dan 39 hari.

29. Pemain yang mencipta gol di setiap pertandingan termasuk pertandingan final adalah Jairzinho dari Brazil, yang melakukannya pada 1970 dan Piala Dunia Alcide Ghiggia Uruguay pada tahun 1950.

30. Gol pemain peganti terpantas dibuat oleh Ebbe Sand dari Denmark melawan Nigeria di pusingan kedua pada tahun 1998. Sand mencipta gol hanya 16 saat setelah diganti dan Denmark akhirnya menang 4-1.

31. Satu-satunya pemain yang mencipta gol bagi dua negara adalah Robert Prosinečki yang mewakili Yugoslavia pada tahun 1990 dan mewakili Croatia pada tahun 1998.

32. Gol sendiri pertama dalam sejarah Piala Dunia dicetak oleh Ernst Lötscher pada saat Switzerland melawan Jerman dalam pertandingan perlawanan pusingan pertama pada tahun 1938.

33. 20 kad merah dikeluarkan di sebuah perlawanan bola sepak antara kelab Sportivo Ameliano dengan kelab General Caballero pada tahun 1993.

34. Kelab bola sepak ASEC Abidjan tidak pernah kalah selama 108 perlawanan dari tahun 1989 hingga 1994.

35. Carlos Caszely, pemain Chile adalah pemain yang terkena kad merah pertama di Piala Dunia, bertarikh 14 Jun 1974.

36. Goalkeeper, Arthur Wharton adalah pemain profesional berkulit hitam pertama. Dia lahir di Ghana dan bermain untuk kelab Liga Inggeris, Rotherham United pada tahun 1889.

37. Pada tahun 1996, George Weah membayar sendiri jersi dan gaji pemain bola sepak Liberia.

38. Pada tahun 1998, pengadil England, Martin Sylvester mengeluarkan dirinya sendiri dengan kad merah setelah memukul seorang pemain pada perlawanan diantara The Andover dengan District Sunday.

39. Siaran langsung pertama bola sepak di dunia adalah dari perlawanan pada tahun 1937. Ini adalah perlawanan amal Arsenal dan dimainkan di Stadium Highbury.

40. Norman Whiteside adalah pemain termuda yang bermain dalam pasukan bola sepak antarabangsa. Dia memecahkan rekod Pele dengan bermain pada usia 17 tahun dan 47 hari.

41. Seluar pendek pemain Italy,Giuseppe Meazza, terlondeh ketika dia mengambil sepakan penalti dalam perlawanan separuh akhir di Piala Dunia 1938.

42. Michael Laudrup adalah merupakan pemain pasukan Barcelona ketika mereka menang melawan Real Madrid 5-0. Dia juga merupakan pemain pasukan Real Madrid ketika mereka menang 5-0 melawan Barcelona kemudiannya.


43. Sejak kelab bola sepak Liverpool ditaja oleh Carslberg, jenama minuman keras, mereka tidak pernah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).

44. Pada tahun 2002, AS Aderma mengalahkan SOE Antananarivo dengan jaringan 149-0. 149 jaringan dilakukan oleh pemain SOE Antananarivo kerana protes terhadap pengadil perlawanan.